Ebook ini dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis mengembara ke negara Selandia Baru (New Zealand). Siri pertama ini hanya fokus kepada empat hari pertama sahaja. Siri kedua akan merangkumi hari kelima dan keenam. Bab terakhir akan memberikan sedikit panduan kembara secara ‘campervan’. Buat pembaca berjiwa pengembara, saya mengharapkan ebook ini akan menjadi inspirasi untuk pembaca meneroka dunia yang luas dengan cara mesra kewangan menurut kehendak dan minat masing-masing. Pada bulan Ogos 2016,sebuah campervan kecil telah dipilih sebagai rumah,jalan raya sebagai halaman dan langit Selandia Baru sebagai bumbung.Enam hari. Tiga jiwa.Satu kembara tiga beranak yang menguja. Mereka merentasi kehijauan rumput yang sedang diragut biri-biri dan lembu saat menuju ke Matamata,tersesat di Tongariro apabila GPS mengulang “rerouting”,sentuhan salji pertama suami dan anakanda pada suhu -2 Celcius dan syahdunya membentang sejadah di tengah hutan di bawah langit yang tidak bersempadan. Ini bukan sekadar buku perjalanan. Ini adalah sebuah memoir keluarga. Surat cinta kepada alam dan doa yang tercatat.